Search This Blog

Wednesday, April 30, 2014

Prosedur Kemasukan ke Hospital Panel Menggunakan Kad Medikal PruBSN


Assalamu'alaikum wbt...

Biarkan sahaja foto ini berbicara... Lihat alirannya supaya anda semua senang berurusan ketika di dalam keadaan yang terdesak kelak... Yelah, kalau kita nak pergi ke sesuatu destinasi pun, semestinya kita akan berfikir ke manakah haluan yang terbaik untuk kita tuju supaya perjalanan kita akan lancar... Inikan pula sekiranya kita memiliki skim polisi Takaful ini... Gunakan peluang dan ruang yang ada ini sebaik mungkin ye...

Selamat merenung dengan penglihatan emas anda !!!


PruBSN UMMAH





Assalamu'alaikum wbt...

Bersua lagi kita di sini untuk menguar-uarkan suatu pelan yang di reka khusus bagi membantu kita di dalam menunaikan ibadah fardhu Haji dan Umrah. Pelan ini menggabungkan simpanan dan perlindungan yang memfokuskan kepada membantu kita untuk menunaikan kewajipan haji samada semasa masih hidup atau pun setelah meninggal dunia.



Apa yang PruBSN Ummah boleh tawarkan?
 

1. Manfaat perlindungan asas Takaful

  • Pelan ini menyediakan 3 perlindungan asas iaitu apabila berlaku :


  1. Kematian
  2. Cacat Kekal
  3. Penyakit Kritikal
  4.  
  • Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
  • PruBSN akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji (Upah orang untuk tunaikan haji).

2. Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji / Umrah.






3. Jaminan kewangan sekiranya anda kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.

  • Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
  • Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.
  • Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.


4. Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi

  • Wariskan harta anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.
  • Menjamin waris anda bebas dari hutang piutang walaupun setelah ketiadaan anda. 
 




5.Meningkatkan simpanan usia emas anda

  • Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji,Umrah atau tujuan-tujuan lain.Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.

 6. Manfaat-manfaat penyakit kritikal

7. Bonus Loyalti.

  • Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia PruBSN.Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.

  • Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh,tertakluk kepada terma dan syarat. 



 


  • Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk Plan ini?
    Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:

    • Umur anda
    • Jumlah dan terma perlindungan anda
    • Status kesihatan anda
    • Jantina anda
    • Tahap risiko pekerjaan anda
    • Kaedah pembayaran anda
    • Kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun



    Sila hubungi/sms /whatsapp saya, 
    Ahmad Zahari Aziz - 014 530 1993 
    * Saya akan pergi ke tempat anda untuk memberikan penjelasan secara percuma. Terima kasih.

     

Tuesday, April 29, 2014

PASTIKAN caruman yang DICARUM telah DIBAYAR






Assalamu'alaikum wbt... 

Semoga kehidupan kita semua berada di dalam keadaan yang bahagia hendaknya... Untuk post kali ini, saya ingin menceritakan 2 kisah / situasi yang sudah semestinya amat dekat dan barangkali ianya pernah berlaku pada kehidupan anda semua...  


Kisah / Situasi 1:


Berkata-kata di dalam hati seorang manusia yang diberi nama Abu ini:

" Kalau lah aku bayar caruman takaful tue, aku mesti dah boleh claim dan guna saat nie."
"Kat mana lah nak cari duit nak rawat isteri aku?"
"Duit simpanan aku tak cukup lagi nie"....

Maka di sini, ingin saya simpulkan input ringkas bahawasanya setiap caruman yang telah dicarum hendaklah dipastikan sentiasa berbayar... Bukan apa, impak yang mungkin kecil sahaja terhadap monthly flowcash kita tetapi siapa tahu ianya adalah sesuatu yang lebih bermanfaat dan berguna pada hari kelak... kan???



Kisah / Situasi 2:

Ini merupakan perbualan telefon antara Agen Takaful (Zulkarnain: bukan nama sebenar) dan client (Zamakshari: pun bukan nama sebenar):

Client (Zamakshari) : "Assalamu'alaikum wbt, boleh saya bercakap dengan Encik Zulkarnain?"

Agen (Zulkarnain) : "Wa'alaikummussalam wbt, ye saya bercakap di sini".

Client (Zamakshari) : "Saya Encik Zamakshari, client Encik Zulkarnain untuk polisi Pelan Takaful."
                                     Macam nie, saya nak tanya nie, polisi saya dah lama tak bayar... So, adakah
                                     polisi saya masih aktif untuk disambungkan."

Agen (Zulkarnain) : "Oh, Encik Zamakshari... ok, nanti saya check sama ada polisi Tuan masih aktif 
                                   atau tidak. Jika tak keberatan, bolehkah saya bertanya Tuan?"

Client (Zamakshari) : "Boleh2, silakan..."

Agen (Zulkarnain) : "Tuan nak sambung bayar balik ke polisi Takaful nie? Kenapa ye?"

Client (Zamakshari) : "Macam nie sebenarnya Encik, saya ingat nak guna untuk claim kos perubatan
                                     anak saya nie sebab saya rasa kewangan saya tidak mampu untuk menampung
                                     lagi."

Agen (Zulkarnain) : "Baiklah Tuan. Izinkan saya untuk terangkan penjelasan bagi keadaan Tuan nie...                                    Saya akan check status polisi anak Tuan nie sama ada masih aktif atau tidak... 
                                   Sekiranya polisi masih aktif, Tuan boleh menggunakannya dengan hanya top 
                                   up kembali bayaran yang tertunggak / lapsed... Akan tetapi sekiranya polisi 
                                   Tuan sudah diberhentikan, Tuan tidak lagi entitle untuk dapat claim."

Client (Zamakshari) : "Ooohhhh macam tue...." (nada menyesal)


Oleh yang demikian, satu kesimpulan ringkas yang dapat kita semua ambil adalah MENYESAL dahulu, pendapatan...MENYESAL kemudian, tidak berguna kan?









Friday, April 18, 2014

APAKAH POLISI TAKAFUL YANG TERBAIK???


Assalamu'alaikum wbt... 

Pernahkah anda dihujani persoalan seperti ini??? Memang tidak dinafikan ada bakal prospek dan orang jelata biasa yang telah, akan dan sedang bertanya akan perkara yang sama kepada saya dan juga rakan-rakan Perunding Takaful yang lain, " Apakah polisi pelan Takaful yang terbaik di abad ini?"... 

Seriously, jawapan tenang dan tulus dari saya adalah tidak lain dan tidak bukan dalam gaya bahasa yang ringkas serta mudah difahami iaitu berbunyi "Polisi pelan takaful yang terbaik ialah polisi yang diBAYAR carumannya dan dapat menyelesaikan masalah kewangan yang timbul akibat musibah yang berlaku". 

Nah, kerana itu sebenarnya tujuan asal kita semua memilih untuk memiliki pelan takaful di dalam hidup kita, bukan??? 

P/S : Orang yang memilih dan berusaha untuk yang terbaik, pasti kehidupannya akan menuju ke arah kebaikan, dengan izinNYA namun sebaliknya orang yang tidak memilih dan tidak berusaha untuk yang terbaik, sudah tentunya kehidupannya juga akan kelam... Sama-sama kita renungkan... 


HIDUP HANYA SEKALI !!!

Assalamu'alaikum wbt...

Salam Jumaat yang penuh keberkatan, semoga segala niat baik yang diniatkan segera dapat dizahirkan melalui perbuatan, agar kita mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada Yang Maha Esa, In shaa Allah...

Sekadar perkongsian bersama sahabat-sahabat agar perancangan kewangan di dalam kehidupan kita tidak menyeksakan kehidupan kita di kala waktu yang memerlukan / membutuhkan...

Sejujurnya, tiada siapa yang dapat meramal corak masa hadapan kita? So, soal balik diri anda sekarang,adakah kewangan kita sudah kukuh sekarang? Sehinggakan sekiranya ditakdirkan suatu ujian, dugaan atau musibah menimpa kita, kita mampu berusaha paling terbaik dengan memberikan rawatan sehabis baik kepada kehidupan kita yang hanya diberikan olehNYA sekali seumur hidup?

Tepuk dada dan tanyalah diri anda sendiri? Buat keputusan sebelum terlambat... Usah lah kita menyesal di kemudian hari kerana kegagalan itu berpunca daripada sikap kita sendiri yang memilih jalan kesengsaraan SEBALIKNYA buatlah perhitungan yang matang bersama mata hati yang CELIK demi mendapatkan sebuah kehidupan yang lebih terjamin kelak...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...